RM100,424 hargai Ketua Pembangkang Selangor SELANGOR KINI | 24 November 2014. SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsuddin Lias hari ini menerima keistimewaan dan kemudahan bernilai RM100,424.88 setahun sebagai menghargai peranannya dalam check and balance kerajaan negeri…. Ia merangkumi elaun tetap, bayaran gaji pemandu (termasuk elaun), bayaran gaji setiausaha kerja (termasuk elaun) dan kereta rasmi kerajaan negeri, sebuah Toyota Camry. Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata keistimewaan dan kemudahan itu diberikan seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013. Katanya, Ketua Pembangkang merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan penting sebagai ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. “Ia diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas dengan lebih efisen. “Ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam meraikan amalan demokrasi berparlimen di negara ini,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi kepada Ketua Pembangkang di bangunan Annex, di sini, hari ini. Sementara itu, Shamsudin dalam reaksinya menghargai usaha kerajaan negeri atas pengiktirafan yang diberikan dan berjanji akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin. “Saya amat menghargai pengiktirafan, sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada saya selaku Ketua Pembangkang. “Saya berjanji akan memainkan peranan dan memberi kerjasama yang baik untuk menyaksikan sistem demokrasi di Selangor berjalan baik,” katanya. See More http://ow.ly/EQdrC