Kenaikan premium insurans kenderaan tambah beban rakyat FEB 09, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Tatkala kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 23 Februari ini, bayaran premium untuk insurans kenderaan dinaikkan tanpa sebarang pemakluman rasmi. Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), kenaikan premium insurans kenderaan itu pastinya membebankan rakyat kerana ia bakal meningkatkan kos pemilikan kereta yang sudah pun tinggi akibat keengganan kerajaan BN menghapuskan duti eksais ke atas kenderaan. “Saya merujuk kepada keputusan kerajaan BN yang dibuat dalam tahun 2012 untuk membenarkan kenaikan premium (insurans) kereta setiap tahun sehingga tahun 2016. “Kadar baru premium insurans kereta akan dikuatkuasakan bermula 15 Februari 2014 ekoran dari keputusan menaikkan kadar premium insurans tahunan itu,” ujarnya dalam satu kenyataan media. Menurut Rafizi, kadar premium insuran kereta ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan persekutuan. Kenaikan kadar premium insurans ini, jelas beliau berpunca daripada kelulusan yang diberikan kerajaan BN. Rafizi menambah, keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan premium insurans kenderaan secara jelas mempermainkan harapan rakyat yang mahukan kos pemilikan kereta di Malaysia diturunkan. “Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan segera supaya kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta merta mengambil kira kesusahan rakyat sekarang dan kegagalan beliau mengotakan janji untuk menurunkan harga kereta. “Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Plihanraya Kecil Kajang kelak,” tegas beliau. Dilaporkan kadar premium kenderaan akan mengalami kenaikan 15% mulai 15 Februari ini. Notis pemberitahuan berhubung perkara tersebut telah pun diterima pengusaha insurans dan takaful. | Kerja Sambilan Internet Income RM3,688,933.00 http://ow.ly/trQtX