60% mangsa kemalangan penunggang motorsikal FEB 04, 2014 HARAKAHDAILY NIBONG TEBAL: Penunggang motosikal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 60 peratus dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh 10 hari ‘Op Selamat IV’ yang bermula sejak 24 Jan lepas. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, kecuaian dan kelalaian penunggang merupakan punca utama kemalangan. “Pihak polis telah mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak mempedulikan keselamatan menjadi punca kemalangan terus berlaku. “Purata kadar kematian di atas jalan raya dalam sehari adalah 19 kematian iaitu sebahagian daripadanya adalah penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemantauan ‘Op Selamat IV’ di kilometer 26, Pusat Sehenti Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Bakap, di sini semalam. Bagaimanapun dengan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang ‘Ops Selamat IV’ berlangsung purata kematian di atas jalan raya berjaya dikurangkan daripada 19 kepada 11 kematian setiap hari kemudiannya. Selain itu katanya, dalam ‘Op Selamat IV’ yang berbaki lima hari lagi PDRM juga telah berjaya melepasi sasaran lima peratus apabila hanya merekodkan 9,766 kemalangan iaitu 13 peratus berbanding tahun lepas sebanyak 11,216 kemalangan yang direkodkan. “Kadar kemalangan maut juga menurunkan iaitu daripada 113 kematian pada tahun lepas kepada 108 kematian pada tahun ini, saya berharap statistik ini dapat dikekalkan sehingga ‘Op Selamat IV’ selesai pada 7 Feb ini,” katanya. Selain itu, katanya, kes pecah rumah di seluruh negara juga menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lepas, ia adalah hasil kerjasama orang ramai dengan pihak polis yang hampir 100 peratus mengisi borang balik kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan sepanjang ketiadaan mereka di rumah. – Bernama | Kerja Sambilan Internet Income RM3,688,933.00 http://ow.ly/tfT5d