Iraq: Realiti perjuangan yang disembunyikan JAN 19, 2014 SHARAFUDDIN AL-BAGHDADY Pencerobohan dan pendudukan Amerika ke atas Iraq pada April 2003 telah membuka lembaran hitam dalam sejarah negara tersebut dan penduduknya, di mana mereka telah dizalimi dan diperlakukan dengan berbagai bentuk penganiayaan dan kekejaman, dan situasi tersebut menjadi bertambah buruk apabila Iraq diambil alih kerajaan boneka yang dipilih Amerika, yang mana mereka ini adalah golongan pengkhianat yang diupah oleh barat dan merupakan pertualang politik yang hidup dalam buangan di Iran sejak sekian lama setelah melarikan diri dari berbagai jenayah politik. Pembentukan kerajaan palsu pseudo ini yang di mata dunia kononya mengikut proses perjalanan politik yang adil, pada hakikatnya adalah satu perancangan jahat Paul Bremer, seorang pentadbir awam dan ejen Amerika yang didalangi Amerika dan barat dengan kerjasama Iran. Kerajaan yang bertulang belakangkan kelompok Syiah ini dijadikan alat untuk memecah belahkan umat Islam dengan mensasarkan masyarakat Sunni yang sebelum ini merupakan golongan dominan dengan memerangi dan mengusir mereka dari kediaman, serta melakukan berbagai bentuk penindasan seperti ugutan, merampas dan menghancurkan harta benda awam dan persendirian serta menafikan hak kerakyatan yang dinikmati sebelum ini. Kerajaan boneka ini juga telah menangkap dan menjalankan penderaan ke atas majoriti golongan Sunni dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab yang berasas. Bilangan rakyat Iraq yang telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga kini mencecah ribuan orang lelaki dan wanita. Mereka ditahan dan didera tanpa ada waran tangkap dan sebarang pertuduhan. Kerajaan boneka ini membiarkan pasukan tenteranya yang pada asalnya golongan militan Syiah yang telah dilatih oleh Iran untuk melakukan keganasan dan penghinaan secara terbuka ke atas tahanan Sunni di dalam penjara dengan mencabul dan merogol tahanan wanita, mendera dan menyeksa tahanan lelaki hingga ada yang mati dan mengalami kecacatan seumur hidup. Ramai tahanan yang hilang tanpa khabar berita. Bukan setakat itu, malah kaum keluarga tahanan juga tidak terlepas dari diperas dan diugut, ada yang terpaksa menjual harta benda untuk membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelamatkan mangsa tahanan dari sebarang bentuk hukuman dan penderaan. Ada juga yang terpaksa berpindah ke tempat lain demi keselamatan kaum keluarga dari ancaman dan penganiayaan golongan militan dan masyarakat Syiah setempat. Kemuncak dari segala keganasan dan penganiayaan yang berlaku, rakyat Iraq mula bangkit membantah dengan mengadakan protes dan demonstrasi secara aman yang dianjurkan dengan berkumpul di medan-medan yang terbuka. Tujuan perkumpulan dan demonstrasi ini adalah untuk menyatakan bantahan dan protes terhadap polisi kerajaan yang didalangi oleh konspirasi syiah Iran. Majoriti rakyat ini bangkit untuk menegur dan menzahirkan ketidakpuasan hati mereka atas sikap dan layanan kerajaan boneka ini yang zalim dan rakus menindas serta tidak memperdulikan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi rakyat, di samping mengemukakan tuntutan, antaranya supaya kerajaan bersikap telus, adil dan dikembalikan hak rakyat Iraq yang telah dirampas dan dinafikan. Malangnya, protes dan demonstrasi secara aman yang telah dianjurkan di beberapa lokasi perhimpunan yang berlangsung serentak di hampir setiap negeri ini dan mendapat sambutan majoriti rakyat yang telah turut serta menyokong dan datang membanjirinya, pihak berkuasa telah melihatnya sebagai satu ancaman, lantas setelah mendapat restu dan arahan dari Iran kerajaan boneka ini dengan bongkaknya telah menghantar pasukan tentera untuk mengepung medan-medan perhimpunan ini dan mengarahkan supaya meleraikan para peserta demonstrasi yang duduk berkumpul di dalamnya. Selepas pengepungan dan amaran selama lima hari, di salah satu lokasi perhimpunan di Hawiijah yang terletak di wilayah Ta’mim, di tapak perhimpunan yang dinamakan sebagai Medan Perjuangan Harga Diri dan Kehormatan…